PENGENALAN

Ledakan transformasi negara kepada Industri 4.0 telah menyebabkan perjalanan IPT dalam membina menara ilmu yang cemerlang, bukan hanya bergantung kepada keupayaan sumber manusianya semata-mata, tetapi telah melibatkan transformasi ICT yang menguji kewibawaan dan kebijaksanaan seluruh sumber dalam sesebuah institusi dalam mendepani keperluan teknologi kampus pintar. Faktor ini termasuklah melibatkan pentadbir ICT IPT yang menerajui dan mentadbir perkhidmatan ICT dalam mempastikan kelangsungan fungsi IPT.
Penganjuran Persidangan Pentadbiran ICT Universiti 2019 (PPICT2019) ini merupakan suatu platform strategik untuk menyediakan peluang kepada pentadbir ICT Institusi Pendidikan Tinggi berkongsi pengalaman, hasil kajian dan inisiatif terbaik dalam pelaksanaan dan pengurusan ‘Smart Campus’ (kampus pintar) selaras keperluan transformasi dalam Revolusi Industri 4.0.

Objektif

  1. Meningkatkan kemahiran dan kefahaman tentang tadbir urus ICT universiti secara holistik dalam kalangan pentadbir ICT universiti.
  2. Berkongsi pengalaman, hasil kajian dan amalan terbaik pengurusan dan pentadbiran ICT IPT ke arah merealisasikan kampus pintar yang mampan
  3. Memperkukuhkan hubungan, jaringan dan interaksi berkesan dalam kalangan pentadbir ICT IPT.
  4. Menyediakan peluang dan pendedahan kepada pentadbir ICT untuk membuat pembentangan dalam persidangan berdasarkan bidang kerja masing-masing.
  5. Meningkatkan komunikasi strategik antara pentadbir ICT universiti.

SASARAN

Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Pegawai Akademik (Penyelidik), Pegawai Tadbir Universiti Awam & Swasta, Pentadbir ICT, Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat serta Juruteknik Komputer 

dari seluruh IPT di Malaysia,
Badan-badan Berkanun, Agensi Kerajaan dan Swasta